Friday, 9 March 2012

ALAMAK! BANJIR LA!



Pada 7.3.2012 telah terjadi satu bencana alam di kawasan Hulu Langat. Iaitu banjir, dalam kira-kira lingkungan pada pukul 9.00 malam air telah naik hingga ke lutut dan ianya semakin naik hingga ke paras pinggang.


Bermacam-macam perasaan yang kami ada, sedih(sebab barang kesayangan hanyut), gembira(sebab dapat mandi air banjir) , takut (sebab nanti hanyut) tapi pada saya itu adalah perasaan yang biasa bagi kita semua apabila mengalami bencana kan?


Mula-mula memang seronok sebab saya ingat bilik saya tak banyak sangat masuk air tapi nak buat macam mana kan , dah air tu yang nak masuk, bagi je la dia masuk. Akhirnya, buku teks saya basah dan ianya buku yang sangat penting. Waktu itu saya rasa hati saya macam dah berkecai macam kaca kedai gunting rambut yang kena langgar bas masa banjir hari itu. Sebak pun ada juga. Tapi tak mengapa sebab boleh keringkan.


Sebelum berlakunya banjir , saya ada menyanyi sebuah lagu yang dipopularkan oleh Pitbull dan Marc Anthony yang bertajuk Rain Over Me, waktu saya nyanyi tu memang la hujan lebat tapi tak tau pula akan berlakunya banjir. Korang semua jangan nak kata saya punca banjir pula ye. Banjir ini berlaku disebabkan air sungai yang besar dan hujan yang tak mahu berhenti tau, bukan sebab saya menyanyi ye.


Bila saya dengar saja lagu itu , saya terus teringat peristiwa banjir itu. Tak mengapa, ini semua satu ujian yang ALLAH S.W.T nak beri kepada kita kan?<tu la malas sangat nak kemas umah,tengok sumenye dah hanyut kan? tak payah susah2 nak kemas lagi kan?> Yang saya paling kesian adalah jiran saya sebab peti ais , mesin basuh , semuanya la habis tenggelam.<tu la leka berkaraoke je>

Tu je la post saya kali ni. bubuye. Salam vanilla.

No comments:

Post a Comment

Segala Citer Kat Dalam Ni Milik Suhaili