Saturday, 12 November 2011

GELAGAT MANUSIA SEKARANG.


Pejam celik pejam celak , dah dekat 5 bulan kitaorang buka kedai makan. Macam tak sangka je kitaorang boleh tahan sampai tahap ni. Daripada gaji saya RM25 hingga lah meningkat ke RM210 .>Wahh , syokkan dapat kerja macam saya , tiap-tiap bulan gaji naik.<

Daripada saya mula-mula kerja dulu , asyik malu-malu je nak ambil order , tapi sekarang ni , ada je customer datang , saya rasa ok saje.>kadang-kadang tension la juga kalau ade budak-budak lelaki yang datang< Sepanjang saya bekerja , macam-macam jenis perangai pelanggan yang saya jumpa.

Perangai Pelangggan 1: Tak Reti Sabar.

Pelanggan jenis ni memang saya benci sebab dalam diri dorang tak ade sifat sabar langsung.>asyik nak cepat je< Kadang-kadang tu , baru berapa minit order , dah tanye pasal makanan yang dia pesan>buat sakit hati je orang macam ni . Ape dia ingat tukang masak kami ni sotong ke, labah-labah ke , lipan ke , ulat gonggok ke yang banyak tangan dan kaki? Boleh masak sampai 100 masakan<


Perangai Pelanggan 2 : Suka Order Lambat.

 Yang jenis ni pula , saya akan layan kalau tak ramai customer. Tapi kalau ramai , lepas tu order lambat-lambat , memang nak kena maki la kan.\Tapi saya tak ade la kejam sangat sampai nak maki depan-depan , belakang-belakang boleh la./


Perangai Pelanggan 3 : Suka Main-Main.

 Selalunye yang suke main-main ni budak-budak lelaki yang tak cukup umur\faham-faham je la/ Kadang-kadang ade yang mintak pelik-pelik. Contohnya , Nasi Goreng Nombor la , Teh Tarik 017 la. Saya tahu dorang nak mintak nombor tapi saya buat-buat tak dengar je.\Sorry la der kalau lu datang kedai wa setakat minum air teh dengan makan nasi goreng biase je pas tu ade hati nak mintak nombor wa , jangan harap la wa nak bagi. Cube la order yang mahal-mahal , baru wa layan/


Perangai Pelanggan 4 : Sanggup Tunggu Walaupun Lambat Berjam-jam.
 Pelanggan macam ni la saya suke , dorang akan tunggu walaupun lambat.\
Kan best kalau semua orang macam ni . senang sikit kerja saya , tak de la tiap-tiap hari tension je/


Itu saje post kali ni. Bubye dan Salam Vanilla semua.

No comments:

Post a Comment

Segala Citer Kat Dalam Ni Milik Suhaili