Hai semua. Ini post pertama saya , saya tak tahu la best ke tak. Harap-harap korang semua enjoy la baca post ni ok?
Dah seminggu kita beraya(seminggu je beraya , walaupon bulan syawal ade 30 hari. Raya 7 hari je , yang 23 hari lagi tu sekolah . Tak best langsung.) By the way , saya nak story aktiviti saya semasa di hari raya. Raya pertama macam biasa saje , lepas mintak maaf dekat atok , nenek , ayah , ibu , makcik and pakcik saya , saya just duduk dekat rumah tunggu tetamu datang . Nak pergi beraya , malu pulak rasanya.(maklumlah umur dah 16 tahun.)
Raya kedua pulak tak ada buat apa-apa , just duduk dekat rumah sahaja.(Boring sangat :( .Masuk pulak raya ketiga , baru saya rasa agak gembira la , sebab saya dan keluarga mahu
pergi ke Pulau Pinang la. Kami mahu beraya di sana la.(Best sangat sebab baru dapat pergi berjalan-jalan). Kami pergi raya rumah Kak Ac(my auntie lah). Selepas beraya di rumah Kak Ac , kami pergi ke sesuatu tempat yang diberi nama Batu Feringgi(betol tak ejaan dia?). Dekat situ ,saya dan adik lelaki saya pergi la cuci-cuci mata dekat bazar/pasar malam dekat situ. Jalan punya jalan , saya ternampak satu 'necklace' yang dah lama saya cari. Saya suka sangat 'necklace' tu.
Ni la necklace tu.(CANTIK TAK?)
Ok la sampai sini je sya nak story. Lain kali kalau saya ada cerita yang nak di'story'kan saya akan bagitahu .Bye dan salam vanilla.
No comments:
Post a Comment